-->

IKLAN

JOM SINGGAH DISINI

JOM SINGGAH DISINI

AMALAN 5S

| Sisih > Susun > Sapu > Seragam dan Sentiasa Amal | | Seiri > Seiton > Seiso > Seiketsu dan Shitsuke | | Sort > Set In Order > Shine > Standard dan Sustain|

HEBAHAN

UNTUK MAKLUMAN : SEMUA KAKITANGAN ZON GRANITE. YURAN BULANAN TELAH DIKURANGKAN DARIPADA RM5 KEPADA RM 2 BERMULA BULAN OKTOBER 2012

JADUAL GAJI 2013

SILA MUAT TURUN JADUAL PEMBAYARAN GAJI UNTUK KAKITANGAN AWAN 2013 DISINI : KLIK DISINI

EXAM JPA 2013

JADUAL PEPERIKSAAN JPA 2013 TELAH KELUAR!!! SILA
DOWNLOAD DISINI

INFORMASI TERKINI

INFORMASI TERKINI HANYA DI GRANITEZONE

PENGENALAN 5S

AMALAN 5'S
5S
Amalan 5S ialah kaedah pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.



     Dalam mencapai ke arah tersebut satu persetujuan telah dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan Bil 2/2010 agar Amalan 5S dilaksanakan di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor. Bagi memastikan pelaksanaan Amalan 5S berterusan dan tersusun satu Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S telah ditubuhkan pada bulan Jun 2010.
  
     Amalan 5S ini juga merupakan teknik yang berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau di kenali sebagai 'Kaizen'. Maksud 5S didalam bahasa Jepun dan Bahasa Malaysia adalah seperti berikut:-
SEIRI = SISIH  -  Menyisih/membuang barang/dokumenyangtidak diperlukan di tempat kerja. Contoh: Beg kertas, refill pen, surat khabar lama, dokumen yang sepatutnya dilupuskan.
SEITON = SUSUN  -  Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas mudah diambil dan disimpan. Contoh: Fail disusun dalam kabinet, alat tulis disimpan di laci atas.
SEISO = SAPU  -  Menyapu/membersihkan tempat kerja dengan rapi supaya bebas dari kotoran. Contoh: Bersihkan habuk atau sawang pada perkakasan komputer.
SEIKETSU = SERAGAM  -  Memelihara keseragaman sepanjang masa dan mengamalkan sisih, susun, sapu. Contoh: Menyeragamkan label pandu arah, susunan fail, kedudukan perkakasan mengikut zon.
SHITSUKE = SENTIASA AMAL  -  Berdisplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan bertabiat baik ditempat kerja secara berterusan. Contoh: Mengamalkan kebersihan, memastikan barang/dokumen tersusun.

     Sehubungan dengan itu bagi menjayakan Amalan 5S ini, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi.






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG MAKLUM BALAS GRANITEZONE