-->

IKLAN

JOM SINGGAH DISINI

JOM SINGGAH DISINI

AMALAN 5S

| Sisih > Susun > Sapu > Seragam dan Sentiasa Amal | | Seiri > Seiton > Seiso > Seiketsu dan Shitsuke | | Sort > Set In Order > Shine > Standard dan Sustain|

HEBAHAN

UNTUK MAKLUMAN : SEMUA KAKITANGAN ZON GRANITE. YURAN BULANAN TELAH DIKURANGKAN DARIPADA RM5 KEPADA RM 2 BERMULA BULAN OKTOBER 2012

JADUAL GAJI 2013

SILA MUAT TURUN JADUAL PEMBAYARAN GAJI UNTUK KAKITANGAN AWAN 2013 DISINI : KLIK DISINI

EXAM JPA 2013

JADUAL PEPERIKSAAN JPA 2013 TELAH KELUAR!!! SILA
DOWNLOAD DISINI

INFORMASI TERKINI

INFORMASI TERKINI HANYA DI GRANITEZONE

  MENARIK : CUEPACS TUNTUT NAIK GAJI RM700-RM2500


PUTRAJAYA - Di sebalik rasa tidak puas hati berkenaan dengan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang sepatutnya dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu,  Cuepacs hari ini menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.
Pelaksanaan SBPA ditangguhkan sementara pasukan petugas khas selesai menjalankan semakan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi SBPA.
Dipetik Bernama, beliau berkata, tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.
Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.  Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata, tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.
Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga... apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.

SUMBER : SINARHARIAN ONLINE
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  CUEPACS MINTA KEKALKAN TUNGGAKAN SBPA

PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Januari lalu dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Januari tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.
“Jadi permintaan CUEPACS adalah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari itu dikekalkan. Itu yang kita mahu.

“Ia berdasar perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

SUMBER : KOSMO ONLINE


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  ANTARA KOLEKSI-KOLEKSI PIALA YANG BERJAYA DICAPAI GRANITE

Johan Piala Pusingan Bola Tampar Lelaki & Wanita Kelab Sukan & Kebajikan PTGS


Piala Pusingan Pertandingan Sepak Takraw Kelab Sukan & Kebajikan PTGS


Piala Pusingan Pertandingan Bola Jaring Kelab Sukan & Kebajikan PTGS


Piala Pusingan Kejohanan Ping Pong 2008


Piala Pusingan Kelab Aktiviti Pendaftaran 2010


Juara Piala Pusingan Sukan 2010 Kelab Kebajikan & Sukan PTGS


Johan Keseluruhan Sukan Tradisional PTGS 2010



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  ISU SBPA : CUEPACS LEGA

PUTRAJAYA: Lima tuntutan yang dikemukakan CUEPACS berhubung skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerima maklum balas positif daripada kerajaan, sekali gus memungkinkan kontroversi isu itu diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan pada 16 April depan. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika pertemuan dengan pihaknya baru-baru ini memaklumkan kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan lima tuntutan berkenaan.

Katanya, Mohd Sidek memaklumkan lima tuntutan berkenaan perlu diberi pertimbangan, terutama yang membabitkan isu kritikal.

Selain itu, Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas semakan semula SBPA kali ketiga semalam menunjukkan maklum balas positif secara terbuka untuk menilai lima tuntutan berkenaan serta beberapa cadangan CUEPACS.

"Selepas tiga kali bermesyuarat dan dengan kemasukan tiga lagi anggota CUEPACS dalam pasukan itu, ada perkembangan positif ditunjukkan. Ada keterbukaan dalam mendengar maklum balas daripada kita.
"Berikutan itu, kita yakin perkara ini boleh diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang diberikan. Lima tuntutan CUEPACS bukan satu perkara yang menyulitkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, di sini semalam.

Sebelum ini, CUEPACS mengumumkan lima tuntutan, iaitu mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat gred 54 ke bawah, mengekalkan status kekananan penjawat awam dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), mengkaji semula tangga gaji maksimum, menyenaraikan penjawat awam yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar juga berkata, persetujuan kerajaan terhadap lima tuntutan CUEPACS itu akan memberikan keceriaan kepada kakitangan awam yang sebelum ini kurang puas hati dengan pelaksanaannya.

"Isu SBPA ini dapat diselesaikan secara perbincangan seperti yang diadakan hari ini kerana jika CUEPACS tidak dibawa dalam rundingan, ia akan terus menjadi isu di kalangan kakitangan awam," katanya.

Beliau juga memaklumkan satu bengkel Jawatankuasa Bertindak CUEPACS berhubung isu SBPA akan diadakan di ibu negara pada 17 dan 18 Februari ini bagi menyediakan kertas kerja komprehensif mengenai masalah skim baru itu.

"Bengkel ini akan dihadiri pelbagai pihak berkaitan, termasuk ahli akademik bagi membincangkan isu itu dan menyediakan satu kertas kerja komprehensif untuk penyelesaiannya," katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, pasukan petugas khas masih meneruskan perbincangan dan semua maklum balas serta cadangan yang diterima akan diteliti.

Kerajaan sebelum ini memberikan tempoh tiga bulan yang berakhir 16 April ini kepada pasukan berkenaan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan SBPA selepas menerima arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kedua-dua pihak berbincang bagi menyelesaikannya.

Sumber : Berita Harian


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1433H

Dikesempatan ini kami warga Granite Pendaftaran Hakmilik mengucapkan ''SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1433H'' kepada seluruh umat Muhammad S.A.W. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA. Ayuh kita mengucapkan Selawat ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG MAKLUM BALAS GRANITEZONE