-->

IKLAN

JOM SINGGAH DISINI

JOM SINGGAH DISINI

AMALAN 5S

| Sisih > Susun > Sapu > Seragam dan Sentiasa Amal | | Seiri > Seiton > Seiso > Seiketsu dan Shitsuke | | Sort > Set In Order > Shine > Standard dan Sustain|

HEBAHAN

UNTUK MAKLUMAN : SEMUA KAKITANGAN ZON GRANITE. YURAN BULANAN TELAH DIKURANGKAN DARIPADA RM5 KEPADA RM 2 BERMULA BULAN OKTOBER 2012

JADUAL GAJI 2013

SILA MUAT TURUN JADUAL PEMBAYARAN GAJI UNTUK KAKITANGAN AWAN 2013 DISINI : KLIK DISINI

EXAM JPA 2013

JADUAL PEPERIKSAAN JPA 2013 TELAH KELUAR!!! SILA
DOWNLOAD DISINI

INFORMASI TERKINI

INFORMASI TERKINI HANYA DI GRANITEZONE

  CARTA PERBANDINGAN PEMARKAHAN AUDIT ZON GRANITE




ANTARA GAMBAR-GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS AMALAN 5S

SEBELUM : BILIK ISIHAN
SELEPAS : BILIK ISIHAN


SEBELUM : BILIK ISIHAN
SELEPAS : BILIK ISIHAN


SEBELUM : SUDUT KOPI
SELEPAS : SUDUT KOPI


SEBELUM : SUDUT KOPI
SELEPAS : SUDUT KOPI


SEBELUM : SURAU
SELEPAS : SURAU


SEBELUM : HASIL
SELEPAS : HASIL



SEBELUM : BILIK KEBAL
SELEPAS : BILIK KEBAL
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  KEPUTUSAN LAWATAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN AMALAN 5S PTGS PADA 15 MAC 2012 (KHAMIS)


Sudut Kopi


Unit Isihan


Unit Pungutan


Unit Isihan


Carta Pergerakan Kakitangan Unit Isihan & Pungutan




Sudut 5S




Bahagian Hasil


Unit Isihan


Markah Keseluruhan Mengikut Zon



Zon terbaik adalah Zon Kuarza dengan markah 74.5%
Pencapaian Keseluruhan Amalan 5S di Pejabat Tanah dan Galian Selangor adalah 60.89%
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  PERTANDINGAN BADMINTON DAN PINGPONG PTGS 2012



Biro Kelab Sukan PTGS telah menganjurkan pertandingan badminton dan ping pong antara bahagian-bahagian PTGS pada 10 Mac 2012 (Sabtu) bertempat di Kelab SUK, Shah Alam. Dimana 4 pasukan yang akan beraksi berentap untuk merebut piala pusingan pada tahun 2012. Empat pasukan itu adalah bahagian Pendaftaran Hakmilik LG & G bergabung dengan Bahagian Hasil, Bahagian Strata bersama Flying Squad, Bahagian Pembangunan dengan Bahagian Teknologi Maklumat dan pasukan terakhir Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP).

     Pasukan Granite (LG &G) atau dengan nama pasukan Register FC telah menghantar seramai 21 kontijen dengan diketuai pengurus pasukan iaitu En. Azinudin. Dimana seramai 10 orang untuk acara badminton dan 10 orang lagi untuk acara ping pong. Diantaranya kontijen yang terlibat adalah seperti berikut :

     Pengurus Pasukan : En. Azinudin

     Acara Badminton :
     1. En. Ahmad Sazali (G)
     2. En. Mohd Nassir (G)
     3. En. Amir Azizi (LG)
     4. En. Hairul Amry (LG)
     5. En. Anuar (LG)
     6. Pn. Aslina (LG)
     7. Pn. Zanariah (LG)
     8. Pn. Zubidah (LG Hasil)
     9. Pn.Suhana (LG)
   10. Pn Faidzun (LG)
    
     Acara Ping Pong :
     1. En. Izham (G)
     2. En.Selamat (G)
     3. En. Kamarul Hapiz (G)
     4. En. Syazwan (LG)
     5. Pn. Fiza (G)
     6. Pn. Ogiyana (LG)
     7. En. Azlan (LG)
     8. Pn. Rahmi (LG)





BADMINTON



STYLE'LOOR' KOMPOM REGISTER FC DATTEBAYO JUMLAH MARKAH
STYLE 'LOOR'
3-0 0-3 0-3 3
KOMPOM 0-3
0-3 0-3 0
REGISTER FC 3-0 3-0
0-3 6
DATTEBAYO 3-0 3-0 3-0
9

KEPUTUSAN
JOHANDATTEBAYO
NAIB JOHANREGISTER FC
TEMPAT KE-3 STYLE 'LOOR'
TEMPAT KE-4 KOMPON




PING PONG



STYLE'LOOR'
KOMPOM
REGISTER FC
DATTEBAYO
JUMLAH MARKAH
STYLE 'LOOR'

3-0
0-3
3-0
6
KOMPOM
0-3

0-3
0-3
0
REGISTER FC
3-0
3-0

3-0
9
DATTEBAYO
0-3
3-0
0-3

3

KEPUTUSAN PENUH
JOHAN
REGISTER FC
NAIB JOHAN
STYLE ‘LOOR’
TEMPAT KE-3
DATTEBAYO
TEMPAT KE-4
KOMPOM


KEPUTUSAN PENUH :

ZON GRANITE (REGISTER FC) MENJADI JOHAN ACARA PING PONG MANAKALA ACARA BADMINTON NAIB JOHAN. PIALA PUSINGAN PING PONG BERJAYA DIKEKALKAN PADA TAHUN INI. SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA REGISTER FC.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  PERTANDINGAN BADMINTON DAN PINGPONG PTGS 2012

MESYUARAT AMALAN 5S ZON GRANITE BIL 1/2012


Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Amalan 5S Bil 1/2012 peringkat zon Granite akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-


                    Tarikh : 8 Mac 2012 (Khamis)

                    Masa : 3.30 petang

                    Tempat : Bilik Pantry, Tingkat LG, PTGS


Kehadiran adalah diwajibkan untuk menjayakan Program 5S peringkat jabatan.



AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi

2. Semakan perancangan aktiviti Amalan 5S suku pertama tahun 2012 bagi jawatankuasa kerja
    i)   Sudut 5S
    ii)  Pantry
    iii) Sudut Kopi
    iv) Surau
    v)  Kaunter
    vi) Nama di meja

4. Hal-hal lain

5. Penutup

Sekian, terima kasih.
 
 



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  PM : SBPA MANSUH, KEMBALI GUNA SISTEM SARAAN MALAYSIA


Wartawan Sinar Harian
8 Mac 2012

SHAH ALAM - Skim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan untuk dilaksana berkuat kuasa 1 Januari lalu, akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Sehubungan itu, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan.

Perdana Menteri juga berkata, sebuah suruhanjaya khas yang terdiri daripada pelbagai pihak akan dibentuk bagi mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam secara menyeluruh.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi ini.

Ekoran bantahan sebahagian besar kakitangan awam dan Cuepacs sendiri, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA awal Januari lalu.

Susulan penangguhan itu, kerajaan menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi melaksanakan semakan semula SBPA dan diberi tempoh tiga bulan untuk membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu.


PENJAWAT AWAM TERIMA BAYARAN TUNGGAKAN MAC ATAU APRIL

Utusan Malaysia
08/03/2012 2:30pm
Oleh THOMAS CHONG

PUTRAJAYA 8 Mac – Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.

“Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.

“Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain. - UTUSAN



PELARASAN GAJI BERKUATKUASA 1 JAN

Bernama
8/3/2012

PUTRAJAYA, 8 Mac (Bernama) -- Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Khamis akan berkuatkuasa 1 Jan tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Katanya ia berdasarkan kepada perbincangan Cuepacs dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini di mana pengumuman itu dibuat.

"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui pemberita selepas itu.

Pada perhimpunan itu Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara.

Omar berharap pengumuman itu disambut baik 1.4 juta penjawat awam dan tiada lagi suara tidak puas hati sebaliknya mereka perlu membalas keperihatinan kerajaan dengan bekerja lebih rajin serta berusaha meningkatkan produktiviti.

Mengenai penubuhan suruhanjaya yang akan turut disertai wakil Cuepacs untuk mengkaji secara menyeluruh perkhidmatan awam Malaysia, beliau berharap suruhanjaya itu akan memberi tumpuan kepada tuntutan Cuepacs yang lain.

Mengenai Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) beliau berkata, PTK kekal dimansuhkan seperti mana yang diumumkan sebelum ini dan diganti dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng berkata pengumuman Perdana Menteri itu turut menggembira kaum guru.

"Ia jelas menunjukkan golongan pendidik tetap diberi keutamaan oleh kerajaan kerana kenaikan pangkat tidak perlu menunggu masa yang lama iaitu selama 10 tahun," katanya.

Kerajaan mengumumkan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip "time-based" pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang dimumkan dalam Bajet 2012.

-- BERNAMA


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM BERSAMA PERDANA MENTERI AKAN DIADAKAN PADA 8 MAC 2012


Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada :


Tarikh : 8 Mac 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)


Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak


Sumber : Media Cuepacs



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG MAKLUM BALAS GRANITEZONE