KONTIJEN PTGS |
SHAH ALAM, 24 JAN: Perarakan dalam sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor disambut meriah dengan penyertaan 118 kontinjen yang berarak walaupun dalam keadaan hujan lebat pagi ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut serta di dalam
perarakan itu yang disertai pelbagai agensi kerajaan, institusi
pengajian tinggi dan anak syarikat Kerajaan Selangor.
Abdul Khalid yang mengetuai perarakkan tersebut dilihat menolak
payung yang ditawarkan dan bersama-sama meredah hujan bersama 5,000
peserta lain.
Perarakan tersebut dimulakan seawal jam 8.20 pagi dari Stadium Mini
Shah Alam menuju ke tapak sambutan majlis di Stadium Malawati.
Majlis sambutan yang turut diserikan dengan keberangkatan DYMM Sultan
Selangor itu, menamilkan pelbagai acara dan persembahan dari artis
popular seperti Mawi dan kumpulan Rabbani.
Dalam sambutan bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ itu,
Baginda Sultan berkenan menyampaikan lima Anugerah Khas Maulidur Rasul
dan pemenang kontinjen perarakan terbaik dalam pelbagai kategori.
SUMBER : SELANGORKU
No comments:
Post a Comment