AHLI SYURGA
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga. Ahli Syurga merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan."
(al-Hasyr : 20)
Sabda Rasullah SAW :
Daripada Abu Hurairah RA : " Rasullah SAW bersabda: "Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya"." (Riwayat al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment