-->

IKLAN

JOM SINGGAH DISINI

JOM SINGGAH DISINI

AMALAN 5S

| Sisih > Susun > Sapu > Seragam dan Sentiasa Amal | | Seiri > Seiton > Seiso > Seiketsu dan Shitsuke | | Sort > Set In Order > Shine > Standard dan Sustain|

HEBAHAN

UNTUK MAKLUMAN : SEMUA KAKITANGAN ZON GRANITE. YURAN BULANAN TELAH DIKURANGKAN DARIPADA RM5 KEPADA RM 2 BERMULA BULAN OKTOBER 2012

JADUAL GAJI 2013

SILA MUAT TURUN JADUAL PEMBAYARAN GAJI UNTUK KAKITANGAN AWAN 2013 DISINI : KLIK DISINI

EXAM JPA 2013

JADUAL PEPERIKSAAN JPA 2013 TELAH KELUAR!!! SILA
DOWNLOAD DISINI

INFORMASI TERKINI

INFORMASI TERKINI HANYA DI GRANITEZONE

  SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARRAK

SALAM RAMADHAN AL-MUBARRAK



Kami warga Granite mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam. Kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak amat dinanti-nantikan seluruh umat islam yang benar-benar untuk mendapatkan keberkatan dan mengejar pahala yang yang berlipat ganda. Semoga amalan kita di bulan yang penuh barakah ini dapat kita manfaatkannya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  MAJLIS PERSARAAN EN. LATIFF ZAINAL

1973-1980 Jabatan Agama Islam Selangor (7 Tahun)
1980 - 1989 Jabtan Kemajuan Masyarakat KEMAS (9 Tahun)
1989 - 2004 Jabatan Agama Islam Selangor (5 Tahun)
2004 - 2011 Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (7 Tahun)


Majlis menyambut hari persaraan En. Lat yang telah berkhidmat di jabatan kerajaan selama 28 tahun telah diadakan di bahagian pendaftran pada 22 Julai 2011 masa 8.30 pagi. Majlis telah disambut oleh warga Granite dengan doa kesejahteraan dan jamuan makan untuk En. Latt. Kami rakan-rakan Granite mengucapkan semoga En. Latt sentisa sihat dan dipanjangkan umur serta tidak akan melupakan kami di pendaftaran ini.


Majlis Persaraan En. Latt




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  KONVOI PORT DICKSON 2011

AKTIVITI BERKONVOI KE PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Makluman :

Kepada kawan - kawan yang da konfirm nak pergi bolehlah membuat bayaran deposit secepat mungkin.. ini kerana pihak urusetia ingin membuat tempahan bilik dengan lebih awal - Tq admin



LOGO KONVOI PORT DICKSON 2011

Berikut adalah maklumat-maklumat Konvoi Port Dickson 2011

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  JOM TENGOK

APA ITU STEREOGRAM

Stereogram adalah sepasang dua dimensi panel yang menggambarkan pandangan senario atau objek dari titik pandang mata kiri dan kanan. Pemerhatian panel yang melapisi dalam keputusan stereoscope dalam pengalaman tiga kematraan oleh sebab fakta bahawa kedalaman objek dikodkan sebagai perbezaan kedudukan ke kanan / kiri dalam panel. Kerana dalam stereoscope satu pandangan perwakilan dan bukannya tempat kejadian yang sebenar, ilusi perkataan kadang-kadang dikaitkan dengan Stereogram.
.
Dia mendapati satu penjelasan penglihatan binokular yang mendahului dia bagi membina stereoskop berdasarkan satu kombinasi prisma dan cermin-cermin untuk membenarkan seseorang untuk melihat 3D imej-imej daripada dua 2D menggambarkan.
Kalau anda focus, boleh nampak 3 titik.




CUBA ANDA TEKA OBJEK INI?


Imej Stereogram





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  SANTAPAN ROHANI

AHLI SYURGA



Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga. Ahli Syurga merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan."

(al-Hasyr : 20)

Sabda Rasullah SAW :

Daripada Abu Hurairah RA : " Rasullah SAW bersabda: "Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya"." (Riwayat al-Bukhari)





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  PRESTASI KERANI KEMASUKAN JUN 2011

PRESTASI KERANI

Prestasi kerani kemasukan data hakmilik sepanjang bulan Jun 2011 telah direkodkan dimana perserahan untuk bulan Jun adalah tertinggi sepanjang tahun 2011.


Senarai Kedudukan Kerani Kemasukan Jun 2011


Carta Prestasi Kemasukan Hakmilik Jun 2011




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  KELAB SUKAN PTGS 2011

JOM SUKAN... KELAB PTGS 2011

Kelab Kebajikan Dan Sukan Pejabat Tanah Dan Galian Selangor telah menganjurkan aktiviti Jom Sukan Pejabat Tanah Galian Selangor (PTGS) 2011 yang menghimpunkan warga kerja PTGS dalam membentuk sukan berkumpulan. Program yang telah diadakan selama 1 hari di De 7 Sport Center, Aras 5, Blok Commercial A, Jalan Plumbum T7/P, Shah Alam, Selangor dan ianya adalah program pertama yang diadakan berorentasikan mengikut Zon Amalan 5'S.

     Pelbagai aktiviti serta sukan telah dilakukan dengan jayanya. Sukan tersebut telah dikategorikan sebagai sukan padang dan permainan tradional iaitu futsal, badminton dan ping pong bagi kategori sukan padang dan congkak, seremban dan carom yang dikategorikan sebagai sukan tradisonal.

     Aktiviti tersebut dijuari secara keseluruhannya dari Zon Granite dan naib juara dari Zon gabungan iaitu Zon Kristal dan Zon Zirkon iaitu Zon Kriskon. Aktiviti tersebut yang diakhiri dengan penyampaian hadiah dan piala berserta pingat dari wakil Kelab Kebajikan Dan Sukan PTGS.



JOM SUKAN KELAB PTGS 2011 - GRANITE JUARA KESELURUHAN ZON


Futsal Lelaki - Juara
Futsal Perempuan - Ke-3
Badminton - Juara
Ping Pong - Juara
Congkak - Juara
Carom - Juara
Seremban - Ke-4


Peserta Terbaik Sukan Keseluruhan : En Azlan Zainuddin (Granite)
Peserta Futsal Lelaki Terbaik : Ahmad Hazriq (Granite)
Peserta Sukan Tradisional Terbaik : En. Anuar Zainuddin (Granite)
Peserta Ping-Pong Terbaik : En. Karim (Granite)
Peserta Badminton Terbaik : Pn. Rahimah Rosnan (Granite)
Peserta Karom Terbaik : Pn Zalina Abu Naim (Granite)
Syabas dan tahniah diucapkan.... 



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  GOTONG-ROYONG 5S GRANITE

GOTONG-ROYONG 5S






 GOTONG-ROYONG 5S GRANITE@PENDAFTRAN LG

TARIKH : 24 JUN 2011
MASA : 8.30 PG - 5.00 PTG
SEMUA WARGA GRANITE@PENDAFTARAN LG DIJEMPUT MENJAYAKAN AKTIVITI GOTONG ROYONG 5S INI



Aktiviti Gotong-Royong 5'S telah dijalankan pada jun 2011 melibatkan berbagai-bagai aktiviti 5S di antaranya menyisih, menyusun, menyapu, menyimpan, dan menyeragamkan zon. 


Aktiviti Menyisih Dokumen


Aktiviti Menyusun Kotak



Aktiviti Menyapu


Aktiviti Menyimpan Dokumen

  
Aktiviti Menyeragam Kedudukan Perkakasan Komputer


 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  PERNILAIAN AMALAN 5'S PERINGKAT PERTAMA BAHAGIAN PTGS

PENILAIAN 5'S

Pada 28 Mac 2011, satu lawatan Jawatankuasa Audit Dalaman Amalan 5S yang pertama telah diadakan selepas dilancarkan dengan rasminya oleh Y. Bhg. Dato Pengarah Tanah dan Galian Selangor pada 23 Disember 2010. Di antara objektif utama lawatan ini adalah untuk mengetahui dan memeriksa sama ada kakitangan PTGS telah melaksanakan dan mengamalkan Amalan 5S seperti yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Amalan 5S PTGS.


     PTGS telah dipecahkan kepada 7 Zon yang terdiri dari Zon Silika (Tingkat 4 Utara), Zon Topaz (Tingkat 4 Selatan), Zon Kuarza (Tingkat 3 - Bahagian Teknologi Maklumat), Zon Kristal (Tingkat 3 - Bahagian Hakmilik Strata), Zon Zirkon (Tingkat 2), Zon Kryptonite (Tingkat G) dan Zon Granite (Tingkat LG).

      Jawatankuasa Amalan 5S PTGS adalah selaku juri bagi penilaian Amalan 5S di Peringkat Zon di PTGS. Penilaian amalan tersebut dinilai dari pelbagai aspek dan di antaranya adalah Misi, Visi Amalan 5S setiap Zon, Logo Amalan Zon 5S Zon, Keutamaan Amalan 5S Zon, Tahap atau Peringkat Amalan 5S yang telah dilakukan di Zon tersebut, Keseragaman yang berterusan dan banyak lagi.

      Zon yang mempunyai markah serta keseragaman yang terbaik adalah Zon Kuarza dengan jumlah markah sebanyak 52.25%, Tempat kedua adalah Zon Zirkon iaitu 49.48% manakala tempat ketiga adalah Zon Topaz dengan jumlah 32.39%. Seterusnya adalah Zon Silika (27.15%), Zon Granite (14.65%), Zon Kryptonite (11.20%) dan Zon Kristal (10.91%).


      Tahniah dan terima kasih kepada semua ketua serta ahli-ahli Zon yang telah mengambil inisiatif dalam menjayakan Amalan 5S di PTGS. Diharapkan agar akitiviti ini akan dapat membantu PTGS ke arah Pensijilan Amalan 5S.













Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  PENGENALAN 5S

AMALAN 5'S
5S
Amalan 5S ialah kaedah pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.



     Dalam mencapai ke arah tersebut satu persetujuan telah dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan Bil 2/2010 agar Amalan 5S dilaksanakan di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor. Bagi memastikan pelaksanaan Amalan 5S berterusan dan tersusun satu Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S telah ditubuhkan pada bulan Jun 2010.
  
     Amalan 5S ini juga merupakan teknik yang berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau di kenali sebagai 'Kaizen'. Maksud 5S didalam bahasa Jepun dan Bahasa Malaysia adalah seperti berikut:-
SEIRI = SISIH  -  Menyisih/membuang barang/dokumenyangtidak diperlukan di tempat kerja. Contoh: Beg kertas, refill pen, surat khabar lama, dokumen yang sepatutnya dilupuskan.
SEITON = SUSUN  -  Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas mudah diambil dan disimpan. Contoh: Fail disusun dalam kabinet, alat tulis disimpan di laci atas.
SEISO = SAPU  -  Menyapu/membersihkan tempat kerja dengan rapi supaya bebas dari kotoran. Contoh: Bersihkan habuk atau sawang pada perkakasan komputer.
SEIKETSU = SERAGAM  -  Memelihara keseragaman sepanjang masa dan mengamalkan sisih, susun, sapu. Contoh: Menyeragamkan label pandu arah, susunan fail, kedudukan perkakasan mengikut zon.
SHITSUKE = SENTIASA AMAL  -  Berdisplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan bertabiat baik ditempat kerja secara berterusan. Contoh: Mengamalkan kebersihan, memastikan barang/dokumen tersusun.

     Sehubungan dengan itu bagi menjayakan Amalan 5S ini, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi.






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG MAKLUM BALAS GRANITEZONE