-->

IKLAN

JOM SINGGAH DISINI

JOM SINGGAH DISINI

AMALAN 5S

| Sisih > Susun > Sapu > Seragam dan Sentiasa Amal | | Seiri > Seiton > Seiso > Seiketsu dan Shitsuke | | Sort > Set In Order > Shine > Standard dan Sustain|

HEBAHAN

UNTUK MAKLUMAN : SEMUA KAKITANGAN ZON GRANITE. YURAN BULANAN TELAH DIKURANGKAN DARIPADA RM5 KEPADA RM 2 BERMULA BULAN OKTOBER 2012

JADUAL GAJI 2013

SILA MUAT TURUN JADUAL PEMBAYARAN GAJI UNTUK KAKITANGAN AWAN 2013 DISINI : KLIK DISINI

EXAM JPA 2013

JADUAL PEPERIKSAAN JPA 2013 TELAH KELUAR!!! SILA
DOWNLOAD DISINI

INFORMASI TERKINI

INFORMASI TERKINI HANYA DI GRANITEZONE

  GAJI....? OH! GAJI!

KUALA LUMPUR - Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.
"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012," katanya dipetik Bernama.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA.

SUMBER : www.sinarharian.com.my



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  APA LAGI YANG TIDAK KENA DENGAN SBPA

KUANTAN - Pasukan petugas khas dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam diberi tempoh tiga bulan untuk menyemak semula pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini, pagi ini.

Lebih seminggu lalu, pentadbiran Najib menubuhkan Pasukan Petugas bagi menyemak semula skim SBPA yang pelaksanaannya mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan majoriti kakitangan awam.

Ketika itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, pasukan tersebut akan mengadakan konsultasi dan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan termasuk kesatuan dan persatuan sekerja.

Ia ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

Dipetik Bernama, Perdana Menteri berkata skim baru berkenaan mestilah mendapat kepuasan semua pihak sebelum dilaksanakan.

"Kerajaan akan pertimbangkan sebaik-baiknya agar ia memberi kepuasan kepada semua," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam negeri Pahang di sini.

Najib berkata, kerajaan amat prihatin terhadap sebarang rasa tidak puas hati dan dakwaan kepincangan sistem baru itu dan bersedia menimbang rayuan yang dibuat dalam menambahbaikan sistem berkenaan.

Najib berkata kerajaan juga bersedia menimbangkan pemberian gaji yang lebih kepada penjawat awam, bagaimanapun ia perlukan dikaitkan dengan peningkatan produktiviti mereka.

"Kerajaan boleh bagi tambahan gaji dan bonus tetapi ia perlu dikaitkan dengan produktiviti yang tinggi, kalau ekonomi menguncup, mana mana nak bagi kenaikan gaji dan bonus?," katanya.

Beliau berkata penjawat awam dilihat sebagai kumpulan yang amat penting dalam pentadbiran negara kerana apa jua dasar dan agenda besar bergantung kepada peranan serta sumbangan mereka.

"Penjawat awam adalah sekumpulan dalam pentadbiran negara, penting kerana apa agenda besar negara yang hendak dibawa kerajaan pada kesudahannya, kesampaiannya, bergantung kepada peranan dan sumbangan penjawat awam di seluruh negara, sama ada di peringkat pusat atau negeri," kata Najib.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga sedang dan akan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan menggunakan strategi baru yang perlu didukung penjawat awam bagi mencapai impian menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

"Menjelang fajar 2020, kita hendak mencapai sebuah negara maju, saya anggap wawasan yang dibuat (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu impak kepada negara, itulah yang kita sambut ketika itu, dan kurang daripada 10 tahun, kita nak capai negara maju, inilah cabaran kepada kita," katanya.

Najib berkata, kerajaan yang ketika ini melaksanakan pelbagai transformasi baru, juga melaksanakan pelbagai strategi baru bagi mencapai hasrat berkenaan.

"Ada kalanya strategi yang digunakan dahulu (pimpinan sebelum ini) baik dan tepat, tapi strategi itu menjadi kekangan (pada masa ini) dalam usaha kita untuk mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi," katanya.

Sumber dipetik : http://www.sinarharian.com.my



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  TUJUH SUNAH HARIAN RASULULLAH S.A.W

Apakah tujuh sunah harian yang sedemikian menjanjikan itu? Ternyata tujuh sunnah tersebut sudah kita kenal sebelumnya yaitu:

1. SOLAT TAHAJUD

QS Al Isr’a (17:79)
Dan dari sebagian malam hendaklah engkau bangun (tahajud), sebagai amalan tambahan untukmu. Semoga Tuhanmu mengangkat (darjatmu) ke tempat yg terpuji.

Solat yang paling Utama setelah solat 5 waktu adalah Qiyamul Lail (HR Muslim).

2. Tadabur Al Qur’an

Al Qur’an adalah kitabullah yang berisi sejarah umat sebelum kamu, berita umat sesudahmu, kitab yang memutuskan urusan-urusan diantara kamu, yg nilainya bersifat pasti. Siapa saja orang durhaka yg meninggalkannya pasti Allah akan memusuhinya. Siapa yg mencari petunjuk selain al Qur’an, pasti akan tersesat. Al Qur’an adalah tali Allah yg sangat kuat, peringatan yg bijaksana dan jalan yg lurus (HR Tirmidzi).

3. Solat Berjamaah di Mesjid (terutama Subuh dan Isya)


Sungguh, solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya dan Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yg terkandung di dalamnya, mereka pasti mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak (HR Bukhari-Muslim)

4. Solat Dhuha


Nabi mencontohkan bilangan rakaat solat dhuha 2 s.d 12 rakaat. Solat dhuha bukan hanya semata meminta harta, namun merupakan solatnya orang-orang yang sentiasa kembali kepada Allah (HR Thabrani).

HR Abu Ya’la, Nabi menegaskan:-
”Siapa yang berdiri melaksanakan solat dhuha, maka diampunilah segala dosanya. Dia kembali bersih dari segala dosa seperti dilahirkan dripada ibunya.

5. Memperbanyak Sedeqah QS al Baqarah 2:261:
Perbandingan (balasan atau pahala) bagi orang-orang yg membelanjakan hartanya di jalan Allah seperti 1 biji yg menumbuhkan 7 cabang, disetiap cabang menjuntai 100 buah, dan Allah akan menggandakan pahala kepada siapa yg Dia kehendaki, dan Allah itu maha luas (pemberianNya) lagi sangat mengetahui.

6. Menjaga Wudhu

Kesucian lahir ditandai dengan berwudhu yg akan mengantarkan manusia kejenjang kesucian yg lebih tinggi, dan untuk berkomunikasi dengan Allah secara vertikal, harus dalam keadaan berwudhu.

7. Berzikir setiap Saat

Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah akan menyediakan ampunan dan pahala yg besar bagi mereka (QS Al Ahzab 33:35)


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.


***Sumber Dari : FB Al-Jaisy Ad-Dakwah~



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  APAKAH ITU STRES?

Respons seseorang terhadap sesuatu tekanan yang wujud.
Tekanan ini mungkin sesuatu yang:
- wujud tanpa dicari.
- wujud sebab kita mencari.
- wujud sebab kita lemah.

DI MANA TERLETAK KELEMAHAN KITA SEHINGGA KITA BOLEH BERTINDAK
NEGATIF TERHADAP STRES?
- Kelemahan rohani.
- Kelemahan jasmani.
- Kelemahan akli.
- Kelemahan emosi.

APAKAH UKURAN-UKURAN UMUM KELEMAHAN 4 DIMENSI MANUSIA INI?
KELEMAHAN ROHANI
- Hubungan dengan Allah SWT rapuh.
- Akhlak kita buruk.

KELEMAHAN JASMANI
- Sering uzur dan lemah.
- Daif ekonomi.

KELEMAHAN AKLI
- Lembab fikiran.
- Jahil segi ilmu bermanfa'at.

KELEMAHAN EMOSI
- Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur tidak sihat.
- Mudah melayan sifat-sifat keji dalam diri sendiri.

APA YANG BERLAKU PADA JASAD KITA?
1. Kadar degupan jantung meningkat.
2. Tekanan darah meningkat.
3. Otot-otot mengeras dan tension.
4. Proses penghadaman lebih perlahan.
5. Perut mengeluarkan lebih banyak asid.
6. Kolestrol dan lemak lebih menyerap dalam saluran darah.
7. Penafasan semakin cepat sebab paru-paru cuba menerima lebih
banyak oksigen.

APAKAH KESAN ATAS ROH KITA?
1. Lebih lemah.
2. Lebih mudah ditembusi dengan unsur-unsur jahat termasuk iblis dan
makhluk halus.
3. Lebih terdedah untuk melakukan mudarat ke atas pihak-pihak lain
dan diri sendiri.
4. Lebih kerap melakukan perbuatan yang menunjukkan sikap
memberontak kita terhadap Allah SWT.

TANDA-TANDA AMARAN STRES
1. KESAN TERHADAP JASMANI DAN KESIHATAN
-Kerap gigit bibir.
-Mulut dan tekak mudah kering.
-Kerap jilat bibir.
-Sering ketap gigi dan geraham.
-Jika ketapan ini berlaku ketika tidur, geraham akan rasa sakit atau
sengal.
-Menarik nafas lebih dari yang perlu, hingga membawa pada banyak
sendawa atau perut kembung.
-Menarik nafas secara pendek dan singkat disebabkan perasaan gusar.
-Mudah selsema, demam, sakit kepala, gastrik dan panas dalam dada.
-Tekanan darah meningkat.
-Lemak cepat berkumpul di bahagian perut.
-Nadi laju.
-Susah lelap untuk tidur.
-Mudah letih.
-Suka mengetuk-ngetuk meja dengan jari.
-Percakapan laju.
-Menggigit kuku.
-Kerap mengkebil mata.
-Mata atau kening mata sering bergerak.
-Ketawa tidak menentu.
-Suka menghentak lantai dengan kaki.
-Buang air besar tidak menentu.
-Kerap buang air kecil.
-Pusingan haid yang tidak menentu.

2. KESAN ATAS GAYA MAKANAN
-Kuat makan.
-Selera untuk gula-gula meningkat.
-Mudah hendak mendekati arak.
-Mirip untuk mengambil ubat-ubat yang bersifat dadah.

3. KESAN ATAS HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
-Mudah membenci.
-Sukar hendak mempercayai orang lain.
-Hilang minat dalam hubungan kelamin.
-Sukar meni'mati keakraban.
-Lebih mudah berkonflik dengan ahli keluarga.
-Lebih mudah membuli mereka yang lebih muda atau lebih rendah
jawatan berbanding kita.
-Tidak selesa dalam majlis-majlis sosial.

4. KESAN A
TAS PERKARA-PERKARA YANG MUDAH DIBENCI
-Bunyi pintu ditutup dengan kuat.
-Bunyi telefon berdering.
-Bunyi wang syiling.
-Bunyi kunci.
-Suara orang lain mengeluh.
-Bunyi kertas bergesel.

5. KESAN ATAS EMOSI DAN SIKAP
-Bersikap negatif dan pesimis.
-Mudah sedih dan gusar.
-Terbawa-bawa dengan mimpi yang tidak baik.
-Hilang arah hidup.
-Merasa seolah-olah hidup tidak ada makna.
-Merasa bakhil.
-Tidak kasihan terhadap orang lain.
-Mudah tersinggung.
-Mudah bimbang.
-Sukar memberi tumpuan.
-Mudah merasa malu.
-Mudah merasa salah.
-Mudah merasa tercabar.
-Kurang sabar.
-Hilang maruah dan martabat diri.
-Mengelak berjumpa orang, pergi pejabat dan pergi majlis.

PENCERMINAN DALAM BAHASA TUBUH SEGI TANDA-TANDA STRES
-Bahu meninggi dari biasa.
-Kaedah bernafas bertukar dari normal menjadi lebih pendek.
-Tangan mudah menggigil.
-Pergerakan lebih laju dan lebih spontan dari biasa.
-Pergerakan bergegas tanpa tujuan jelas.
-Mengerut kening.
-Sentuhan leher atau dahi yang lebih kerap
dari biasa.
-Meniup angin dari mulut ke hidung, dengan bibir bawah terkeluar.
-Sekali sekala menarik nafas dengan dalam.
-Menggenggam tangan sambil bercakap.
-Lengan menyilang perut.
-Tangan tidak boleh berdiam.
-Buat kerja dengan gerakan bising.
-Kelipan mata yang lebih laju.
-Kurang senyum.

APA PENDIRIAN ISLAM DALAM MENGHADAPI MASALAH?
Mencegah adalah lebih baik dari menangani. Kata ulama': "Menutup
segala pintu yang membawa pada kerosakan."
Jika perlu pada menangani apabila masalah telah wujud, usaha
mencegah tetap berjalan serentak.

FORMULA 1O T
1. TADABBUR
Erti: Mendalami pemikiran tentang tajuk tertentu sampai pada tahap
menjadi lupa pada perkara yang lain.
Maksud yang diinginkan: Tadabbur Al-Qur'an yakni memahami, mendalami
dan menghayati isi kandungannya - dapat melahirkan ketenangan jiwa.

2. TAFAKKUR
Erti: latihan dalaman yang menghasilkan perkembangan pemikiran dan
ia adalah pengetahuan yang mendalam/ renungan/ memikirkan sesuatu.
Maksud yang diinginkan
: Tafakkur alam yakni merenung, memikirkan
tentang penciptaan alam - menghasilkan ketenangan jiwa.

3. TAWADDHU'
Erti: membasuh anggota-anggota khusus dengan tertib berserta niat.
Maksud yang diinginkan: mengambil wudhu' apabila berada dalam
keadaan stres - menghasilkan ketenangan jiwa.

4. TAQARRUB
Erti: mendekatkan diri.
Maksud yang diinginkan: mendekatkan diri kepada Allah SWT sehingga
dapat menduduki tempat yang terhormat dan mulia disisiNya dengan
cara mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.

5. TAHAJJUD
Erti: bangun untuk solat malam.
Maksud yang diinginkan: mengorbankan ni'mat duniawi demi merai niat
menyembah Allah SWT.

6. TAKALLAM
Erti: berbicara/berkata-kata.
Maksud yang diinginkan: berbicara atau berkata-kata perkataan yang
baik dan diredhai Allah SWT.

7. TADZKIR
Erti: ingat.
Maksud yang diinginkan: mengingati Allah SWT dengan cara berzikir.

8. TAWAKKAL
Erti: berserah diri, mempercayakan diri atau mewakilkan.
Maksud yang diinginkan: memp
ercayakan diri kepada Allah SWT dalam
melaksanakan sesuatu pekerjaan, berserah diri di bawah
perlindunganNya pada waktu menghadapi kesukaran.

9. TADBIR
Erti: menguruskan sesuatu.
Maksud yang diinginkan: menguruskan kehidupan.

10. TASYKUR
Erti: berterima kasih.
Maksud yang diinginkan: berterima kasih kepada Allah SWT.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  BAJU AMALAN 5S ZON GRANITE TELAH DILANCARKAN








Kepada semua ahli Zon Granite Pendaftaran yang berminat untuk mendapatkan baju Amalan 5S ni bolehlah membuat tempahan terus kepada En. Anuar AJK Promosi 5S Zon Granite dengan harga RM30 sahaja.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  PRESTASI KESELURUHAN KERANI KEMASUKAN 2011

Prestasi Keseluruhan Kerani Kemasukan Sepanjang 2011

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  PRESTASI KERANI KEMASUKAN BULAN DISEMBER 2011

Senarai Kedudukan Kerani Kemasukan Untuk Disember 2011



Graf Prestasi Kerani Unit Kemasukan Bulan Disember 2011

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG MAKLUM BALAS GRANITEZONE