-->

IKLAN

JOM SINGGAH DISINI

JOM SINGGAH DISINI

AMALAN 5S

| Sisih > Susun > Sapu > Seragam dan Sentiasa Amal | | Seiri > Seiton > Seiso > Seiketsu dan Shitsuke | | Sort > Set In Order > Shine > Standard dan Sustain|

HEBAHAN

UNTUK MAKLUMAN : SEMUA KAKITANGAN ZON GRANITE. YURAN BULANAN TELAH DIKURANGKAN DARIPADA RM5 KEPADA RM 2 BERMULA BULAN OKTOBER 2012

JADUAL GAJI 2013

SILA MUAT TURUN JADUAL PEMBAYARAN GAJI UNTUK KAKITANGAN AWAN 2013 DISINI : KLIK DISINI

EXAM JPA 2013

JADUAL PEPERIKSAAN JPA 2013 TELAH KELUAR!!! SILA
DOWNLOAD DISINI

INFORMASI TERKINI

INFORMASI TERKINI HANYA DI GRANITEZONE

  KUNCI KEJAYAAN AMALAN 5S

KUNCI KEJAYAAN AMALAN 5S
 
Sokongan Dan Komitmen Berterusan Dari Pengurusan Atasan
Sokongan dan komitmen pihak pengurusan atasan dapat mewujudkan suasana yang menyemarakkan pelaksanaan Amalan 5S selain mampu memberi kesan yang berpanjangan. Pihak pengurusan atasan akan memberikan hala tuju dan keputusan-keputusan untuk memastikan Amalan 5S dapat dilaksanakan dalam organisasi dengan baik oleh anggotanya.

Membentuk Prasarana Yang Berkesan
Sediakan prasarana yang bersesuaian. Menjadi kepentingan untuk mengenal pasti terlebih dahulu aspek atau ruang yang bersesuaian untuk dilaksanakan Amalan 5S dalam organisasi. Tindakan yang bersistematik adalah perlu dengan mewujudkan beberapa jawatankuasa bagi pelaksanaan Amalan 5S dan terma rujukan yang jelas.

Mengadakan Sistem Komunikasi Yang Berkesan
Sediakan dan lancarkan sistem atau kaedah komunikasi yang sesuai. Ini penting bagi memberikan penerangan akan keperluan, kepentingan dan kebaikan 5S di organisasi kepada anggota lain. Untuk itu, beberapa kaedah boleh digunakan misalnya:
1. Melalui mesyuarat;
2. Menggunakan intranet seperti portal, blog atau laman web organisasi;
3. Informasi di papan kenyataan;
4. Poster dan risalah; dan
5. Surat berita dalaman (Newsletter).

Melatih Semua Peringkat Anggota Untuk Mengamalkan Amalan 5S
Mengadakan latihan kepada kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam Amalan 5S dan anggota lain di dalam organisasi. Perlu dirancang latihan asas Amalan 5S kepada setiap anggota. Ini bagi membolehkan seluruh anggota organisasi tahu apa peranan yang harus mereka laksanakan dalam Amalan 5S.

Projek Perintis Amalan 5S – Model 5S
Mulakan dengan projek perintis Amalan 5S. Pilih kawasan yang kebanyakan anggotanya menunjukkan simptom kurang bermotivasi untuk bekerja, mungkin kerana terlalu sesak, tidak terurus dan sebagainya. Kawasan berkenaan juga harus mempunyai kesan visual positif apabila Amalan 5S dilaksanakan. Dengan pengalaman projek perintis ini kelak dapat digunakan untuk merancang pelaksanaan Amalan 5S yang lebih menyeluruh dalam organisasi. Hasil dari pelaksanaan projek perintis 5S, adalah penting dilakukan penilaian dan semakan. Dapatkan maklum balas dan idea daripada ahli kumpulan projek perintis Amalan 5S berkenaan untuk input penambahbaikan dalam pelan pelaksanaan Amalan 5S organisasi.

Penandaarasan Amalan Terbaik
Wujudkan dan kongsikan amalan terbaik (best practices). Antaranya mengadakan lawatan ke syarikat-syarikat atau agensi-agensi yang menjadi model Amalan 5S untuk penambahbaikan yang berterusan. Sediakan dan gunakan pangkalan data berkaitan amalan-amalan yang terbaik dan mesti dikongsikan dengan anggota yang lain.

Pelan Pelaksanaan Amalan 5S – Kitaran P-D-C-A
Sediakan pelan pelaksanaan Amalan 5S yang menyeluruh dengan merangka pendekatan yang sistematik dengan menggunakan Kitaran P-D-C-A (Rancang (Plan) - Laksana (Do) - Periksa (Check) - Tindakan (Action)). Sentiasa menilai dan membuat pengubahsuaian. Dalam pelaksanaan Amalan 5S, setiap masalah yang dihadapi harus dijadikan teladan dan daripadanya mesti dilakukan penambahbaikan. Ubahsuai atau pilih pendekatan dan kaedah pelaksanaan bagi memastikan Amalan 5S di organisasi lebih berkesan.

Mengamalkan Penilaian Prestasi Dan Sistem Ganjaran
Audit Dalaman Amalan 5S dalam organisasi adalah kaedah terbaik membuat penilaian prestasi Amalan 5S. Penilaian ini boleh disusuli dengan sistem ganjaran yang menawarkan ganjaran pada setiap pasukan yang berjaya dalam pelbagai kategori yang dianjurkan.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  TINDAKAN YANG BUKAN AMALAN 5S & TENTANGAN TERHADAP PERLAKSAAN AMALAN 5S

Tindakan Yang Bukan Amalan 5S

Antara tindakan yang bukan ciri Amalan 5S adalah seperti berikut:

1 Memberi latihan pengemasan;

2 Satu cara untuk menyalahkan orang lain sekiranya berlaku sebarang kecacatan;

3 Satu cara untuk memaksa orang bekerja;

4 Satu cara untuk memaksa orang bekerja dengan lebih tekun dan pantas; dan

5 Dibuat pada bulan-bulan atau tahun-tahun tertentu (bermusim) sebagai contoh dilaksanakan dalam bulan kualiti atau pertandingan sahaja.


Tentangan Terhadap Pelaksanaan Amalan 5S

Antara bentuk persoalan mempamerkan tingkah laku penentangan pelaksanaan Amalan 5S ialah:

1 Apa yang hebat sangat tentang Amalan 5S?

2 Kenapa saya sebagai Ketua Jabatan, perlu jadi pengerusi Amalan 5S?

3 Kenapa perlu bersih, sedangkan ia akan kotor lagi?

4 Adakah melakukan sisih dan susun akan meningkatkan output?

5 Kenapa perlu tumpu sangat pada suatu yang remeh seperti Amalan 5S (sisih dan susun)?

6 Bukankah kita memang sudah lakukan Amalan 5S?

7 Sememangnya tempat kerja saya berserabut, tetapi saya tahu mana hendak mendapatkannya?

8 Bukankah kita dah lakukan Amalan 5S setahun dulu?

9 Bukankah Amalan 5S dan aktiviti penambahbaikan lain sesuai untuk kilang sahaja?

10 Tidak tahukah bahawa kami terlalu sibuk untuk melaksanakan Amalan 5S (sisih dan susun)?

11 Siapa mereka, hendak arahkan saya buat Amalan 5S?

12 Kita tidak perlukan Amalan 5S. Kita bukan kerja cari untung, jadi buat kerja kita sajalah?



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  HASIL YANG DIJANGKA DARI AMALAN 5S

Hasil Yang Dijangka Dari Amalan 5S

Penjimatan Kos:
(a) Penjimatan penggunaan inventori;
(b) Menghalang kerosakan ke atas inventori;
(c) Menghalang salah letak peralatan dan perkakasan; dan
(d) Mempercepatkan proses pencarian pengesanan dalam sesuatu urusan kerja.

Meningkatkan kecekapan penggunaan sumber:
(a) Mengoptimumkan penggunaan kawasan/tempat kerja;
(b) Penghapusan masa pencarian peralatan dan pembaziran bahan mentah/proses; dan
(c) Mempermudahkan kawalan dan penyelenggaraan.

Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyelenggaraan:
(a) Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan jangka hayat mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan yang digunapakai;
(b) Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan beroperasi mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan; dan
(c) Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan.

Jaminan kualiti:
(a) Meningkatkan kualiti dan produktiviti barangan/perkhidmatan;
(b) Meningkatkan keupayaan melaksanakan kerja dengan lebih pantas dan selamat; dan
(c) Memastikan penyampaian produk/perkhidmatan cekap dan berkesan.

Meningkatkan keselamatan di persekitaran tempat kerja:
(a) Menghapuskan keadaan yang membahaya;
(b) Meningkatkan tahap kesihatan di tempat kerja;
(c) Menghapuskan keadaan yang boleh mendatangkan kecederaan dan kemalangan;
(d) Mengelakkan berlakunya kesilapan dan kecuaian; dan
(e) Pematuhan kepada peraturan-peraturan.

Meningkatkan motivasi pekerja:
(a) Perhubungan yang baik antara anggota;
(b) Membentuk disiplin yang tinggi; dan
(c) Membentuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  FAEDAH MELAKSANAKAN AMALAN 5S

Faedah Melaksanakan Amalan 5S

1.  Persekitaran tempat kerja menjadi lebih bersih, kemas dan tersusun rapi;

2.  Persekitaran tempat kerja menjadi lebih selamat;

3.  Pekerja berpeluang menjana idea yang bernas dan kreatif untuk mencapai persekitaran tempat kerja yang bersih dan kondusif;

4.  Proses pencarian menjadi lebih mudah dan pantas dalam melaksanakan kerja;

5.  Kesilapan kerja dapat dielakkan melalui kalis kesilapan (mistake proofing);

6.  Sebarang masalah dan kecacatan dapat dikesan semasa proses pengeluaran/pemberian perkhidmatan;

7.  Mewujudkan kaedah-kaedah dan piawaian kerja yang jelas;

8.  Mengoptimumkan penggunaan ruang kerja dengan pengurusan persekitaran yang berkualiti;

9.  Kawalan stok/inventori yang lebih berkesan;

10. Pengurusan kos yang lebih berkesan;

11. Rungutan pelanggan dapat dikurangkan terhadap penyampaian perkhidmatan;

12. Memudahkan urusan penyelenggaraan;

13. Meningkatkan semangat kerja berpasukan; dan

14. Meningkatkan imej korporat organisasi.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  PRISIP AMALAN 5S

Sisih (Seiri) : Menyisih dan melupuskan (membuang) barang yang tidak perlu di tempat kerja.
Sisih merupakan satu proses kerja mengasing barangan yang diperlukan dan tidak diperlukan daripada sekumpulan barangan di tempat kerja. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang diperlukan pada masa sekarang atau masa hadapan dan perlu disimpan di tempat penyimpanan yang ditetapkan. Barangan yang tidak diperlukan akan dilupuskan.

Susun (Seiton) : Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya.
Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak perlu diasingkan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Tujuan utama menyusun ialah: menjimatkan penggunaan ruang; penyimpanan barangan lebih kemas dan teratur; dan memudahkan proses mengesan dan mendapatkan barangan pada masa akan datang.

Sapu (Seiso) : Mencuci atau membersih tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di atas lantai, mesin, peralatan dan persekitaran tempat kerja.
Persekitaran yang bersih diperlukan oleh semua peringkat pekerja untuk merasa selesa dan ceria apabila bekerja. Selain meningkatkan kecekapan kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Tujuan menyapu untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini. Menjadi keperluan tempat/peralatan/kawasan yang disapu/dibersih pada setiap masa dengan jadual penyelenggaraan yang berkesan.

Seragam (Seiketsu) : Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa.
Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting supaya segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh setiap pekerja akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Panduan diperlukan untuk dipatuhi oleh pekerja bagi menjamin kualiti dan piawaian yang telah ditentukan. Antaranya ialah Standard Operation Procedure (SOP), Work Instruction (WI), Guidebook, Carta Alir (Process Flow), gambar atau contoh fizikal dan Sistem Visual yang jelas.

Sentiasa Amalkan (Shitsuke) : Melatih pekerja berdisiplin untuk mengamalkan sistem Amalan 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja berkualiti dalam organisasi.
Budaya kerja cemerlang dapat dibangunkan dengan mematuhi panduan dan piawaian yang telah ditentukan. Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  MEMAHAMI KONSEP AMALAN 5S

 Konsep Amalan 5S

     Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

      Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai „Kaizen‟ dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi.

Amalan 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan kerana:

(a) Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;

(b) Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata;

(c) Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan;

(d) Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik;

(e) Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat;

(f) Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan

(g) Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej organisasi.


MAKSUD AMALAN 5S

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  MENGENALI AMALAN 5S


TUJUAN

Tujuan Bahagian Satu ini ialah untuk memberi pemahaman tentang Amalan 5S.

LATAR BELAKANG

Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.

Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S malah ada di kalangannya telah mendapat pengiktirafan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  AKTIVITI-AKTIVITI AMALAN 5'S

ANTARA BAHAN-BAHAN YANG TELAH DISIAPKAN
PEMBIKINAN CARTA ORGANISASI UNIT KEMASUKAN
AMBOI KAK MIE NI... KUSYUK BETUL BUAT KERJA
TEKUN SANGAT BANG BUAT KEJE NIE..
SEMPAT LAGI NAK POSING NIE..
KERJASAMA AHLI GRANITE MENYIAPKAN SUDUT KOPI
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ SULTAN SELANGOR

DAULAT TUANKU

DYMM SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak).,
D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.

Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan
Serta Segala Daerah Takluknya


Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah. Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Padukan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda kemudiannya ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri,Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan pada 8 Mac 2003 bersamaan dengan 5 Muharram 1424 Hijrah.

Baginda adalah putera sulong D.Y.M.M. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Y.M.M Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. Baginda diputerakan di Istana Jemaah, Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pada 24 Disember 1945. Pada September 1960 ketika Baginda berusia 15 tahun, Baginda telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Selangor. Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli sebagai Raja Muda ke 8 telah diadakan pada tahun 1970 di Istana Alam Shah.

Baginda telah dikurniakan dengan dua orang Puteri iaitu Y.A.M Tengku Zerafina dan Y.A.M Tengku Zatashah, dan seorang Putera, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor.

Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Raja Muda, Kuala Lumpur dan St.John Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1954 hingga 1959. Pada tahun 1960, Baginda melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia hingga tahun 1964 dan meneruskan pelajaran Baginda di England hingga ke tahun 1968. Pada tahun yang sama Baginda kembali ke tanah air dan berkhidmat di dalam Pentadbiran Kerajaan di mana perkhidmatan pertama Baginda di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Baginda juga pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis Diraja, Kuala Lumpur yang membolehkan Baginda memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang begitu kuas di dalam bidang pentadbiran.

Baginda telah dilantik buat pertama kalinya sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja pada 23 Februari hingga 20 September 1969 semasa Paduka Ayahanda Baginda berangkat ke England. Baginda telah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor dari masa ke semasa, dari tahun 1972 hingga tahun 1997. Pada 24 April 1999, Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor sekali lagi apabila Paduka Ayahanda Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-11.

Baginda telah membuat beberapa lawatan rasmi ke Daerah-daerah untuk melihat pembangunan dan juga masalah-masalah setempat yang dihadapi oleh rakyat Baginda dan beramah mesra dengan mereka. Baginda juga telah beberapa kali merasmikan Mesyuarat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 1972, 1974, 1989, 1997, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004 dan 2005.

Baginda telah dianugerahkan Darjah Kerabat (Yang Amat Dihormati) Selangor pada tahun 1973 dan Darjah Kebesaran Pertama, Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada tahun 1975. Baginda juga telah dianugerahkan Darjah-Darjah Kerabat dari Negeri Terengganu, Kelantan, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Kedah.

Baginda adalah pemegang pertama Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang Baginda zahirkan pada tahun 2002. Baginda telah dianugerahkan Darjah Kebesaran-Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Pertabalan dan Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 8 Mac 2003.

Dalam bidang ketenteraan, Baginda telah ditauliahkan sebagai Mejar Kehormat Tentera Darat (Wataniah) Malaysia pada tahun 1974 dan Komander Kehormat Sukarelawan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1998. Pada tahun 2002, Baginda telah dilantik sebagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia.

Baginda amat berminat di dalam aktiviti sukan termasuk sukan lasak seperti mendaki gunung, memandu kereta antik jarak jauh dan belayar mengelilingi dunia dengan kapal S.Y.JUGRA. Baginda mendapat pengiktirafan sebagai Putera Inspirasi dan banyak lagi pengiktirafan yang dianugerahkan kepada Baginda berkaitan dengan "maritime". Baginda dilantik sebagai Penaung kepada Persatuan-Persatuan Sukan dan Seni.

Hobi Baginda adalah membaca, belayar, fotografi, mengumpul setem serta sampul surat Hari Pertama, mengumpul "vintage cars" dan mengumpul senjata tradisi orang-orang Melayu. Pada 9 November 1998, Baginda telah berjaya melancarkan buku pertama Baginda iaitu "Peking to Paris". Pada tahun 1976, Baginda telah dilantik sebagai "Honorary Member Of The Philatelic Society" di Malaysia. Yayasan Antarabangsa Rotary telah menganugerahkan "Paul Harris Fellow" kepada Baginda. Pada tahun 1998, Baginda telah menerima anugerah tertinggi dari Persatuan Pengakap Malaysia iaitu "Pingat Semangat Padi". Pada tahun 1989, Baginda telah dilantik sebagai "Honorary Life Commodore" oleh Pelayaran Diraja Selangor "Royal Selangor Yacht Club". Baginda berminat di dalam bidang seni dan telah mengumpul banyak lukisan-lukisan tempatan dan Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Galeri Shah Alam pada tahun 1991. Pada tahun yang sama juga Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor Darul Ehsan. Pada 11 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai "Fellow of The Chartered Institute Of Transport". Pada 25 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai "Pro Canselor" UiTM dan pada 31 Mac 2001, Baginda telah dianugerahkan Darjah Kehormat Doktor Pentadbiran Awam. Pada 1 April 2002 Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Putra Malaysia.

Pencapaian tertinggi di dalam kegiatan sukan lasak ialah apabila nama Baginda telah terukir di dalam "Malaysia Book of Records" sebagai "The First To Sail Around The World" dan "The First To Complete Peking-Paris Motor Challenge"pada tahun 1998.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah seorang insan yang peka di dalam perkembangan semasa. Baginda selalu memberi idea yang bernas di dalam mengatasi masalah-masalah kemanusiaan. Di dalam bidang agama pula Baginda sering bertitah di masjid-masjid menasihatkan rakyat jelata agar benar-benar mengikut ajaran Islam dengan penuh keyakinan. Baginda adalah seorang Raja yang berjiwa rakyat dan menitikberatkan kemajuan rakyat Baginda dalam semua bidang termasuklah ekonomi, sosial dan alam sekitar.

SUMBER : http://www.selangor.gov.my 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  SELAMAT HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN SELANGOR KE 66

SELAMAT HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN SELANGOR KE 66

PADA 11 DISEMBER 2011
BERSAMAAN 15 MUHARAM 1433 HIJRIAH 

DAULAT TUANKU





DYMM SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak).,
D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.

Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan
Serta Segala Daerah Takluknya


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  PEKELILING SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)




Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan
adalah seperti berikut:

1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5)
inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service),
kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan
Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA)
bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan
Awam secara tersusun.

3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan
penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja
mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu
berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah
untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar
upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada
empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan
Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional,
serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan
Sokongan; 2

5. peruntukan gaji secara  single point tanpa Kenaikan Gaji
Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji
Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi
dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian
prestasi;

6. peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan
Pelaksana;

7. pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif
Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan
Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi
(duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan
(realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus
(outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process
reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan
(revision);

8. penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan
Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan
Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9. penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam
Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert
dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji
tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10. pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred
kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong
kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11. pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi
(PROSPEK) yang mengandungi  dua (2) komponen iaitu
Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program
Pembangunan  Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi
menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan; 3

12. perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh
kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi
membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah
program SkillsMalaysia;

13. pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan
penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini
kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif
Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan,
Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14. pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada
dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan
Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan
dasar bekerja dari rumah;

15. pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan
dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai
dalam perkhidmatan;

16. pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat
awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk
meninggalkan perkhidmatan;

17. penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam
secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup
berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun
bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan;
dan

19. pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem
saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia
ada (SSM).
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  JADUAL GAJI 2012 SBPA

Tarikh Pembayaran Gaji 2012 Untuk Kepada Semua Kakitangan Awam...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433/2011M

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH YANG KE 1433. TEMA MAAL HIJRAH TAHUN 2011 INI IALAH PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  Bonus setengah bulan lagi untuk kakitangan awam

Kerajaan hari ini mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada penjawat awam dan juga pesara kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Belanjawan 2012 berkata bayaran itu akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember ini.

azlan“Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan,” katanya.

Menurut Najib, beliau yakin ganjaran itu akan terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dalam mempastikan agenda pembangunan nasional menjadi kenyataan.

Sebelum ini, pada bulan Ogos lalu, kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit kepada penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara. Tindakan itu bagi meringankan bebanan mereka menghadapi kos sara hidup yang terus meningkat dan sempena meraikan Aidilfitri.

“Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak empat bilion ringgit,” katanya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  BAJET : CUEPACS YAKIN 80%TUNTUTAN DIPERTIMBANG

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin 80 peratus daripada empat tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan akan mendapat pertimbangan dalam pembentangan bajet 2012 pada 7 Okt ini.

cuepacs omar osman 181007Presidennya, Datuk Omar Osman berkata pihaknya telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun lalu dan mengharapkan berita baik bakal diumumkan bagi menjaga kepentingan penjawat awam di negara ini.

"Ini adalah keputusan kongres berdasarkan kepada permintaan dari penjawat awam, saya harap ia dapat dipertimbangkan malah Skim Saraan Malaysia (SSM), dapat digubal semula untuk menjadi lebih baik dari segi penambahan gred, struktur gaji dan peningkatan peluang kerjaya bagi mencapai negara berpendapatan tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru bersama CUEPACS Pulau Pinang di Georgetoewn, hari ini.

Tuntutan tersebut adalah semakan semula SSM, menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam dan pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

azlanOmar berkata Cuepacs juga yakin dengan keprihatinan Perdana Menteri dan kemampuan kerajaan dapat memenuhi tuntutan itu yang sememangnya diharap-harapkan oleh lebih 1.2 juta penjawat awam.

"Kesemua tuntutan itu tertakluk kepada kemampuan kerajaan dan tidak mustahil untuk ditunaikan kerana ada tuntutan yang tidak membabitkan kewangan," katanya.

Berkenaan tuntutan pemberian bonus dua bulan, katanya jika kerajaan berbuat demikan, ia akan mencipta sejarah baru dalam memenuhi permintaan penjawat awam.

"Diharap (bonus) dapat dipertimbangkan, kalau tidak dapat bonus dua bulan, sekurang-kurangnya (kerajaan) dapat memberi bonus sebulan atau sebulan setengah pun sudah dikira mencukupi," katanya.

 SUMBER
- Bernama
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  MELAWAT AHLI GRANITE DI HOSPITAL KLANG

Berita rakan ahli granite kita iaitu En. Ilman telahpun dimasukan ke hospital Klang pada malam ke-2 raya akibat kemalangan jalan raya. Sumber-sumber yang diberitahu beliau telah melangar sebuah kereta parking di tepi jalan di kampungnya. Akibat dari itu, kaki kiri nya patah dan dijangkakan doktor bahawa beliau akan pulih sepenuhnya dalam 4-5 bulan lagi. Kami semua warga PTGS @ Granite mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa.


adui...adui.. walaupun sakit masih leh lemparkan semyuman..


perhhh.. sakit ni...patah.. aduhhh... raya kat hospital

nasib baik coach datang melawat aku.. hilang juga rasa bosan kat hospital ni


cantik... ape lagi senyum lebar la dapat sumbangan duit dari wakil Granite


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI DAN SELAMAT HARI MERDEKA



Kami warga Granite Pendaftaran PTGS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin serta Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-54 kepada seluruh Kakitangan Pejabat Tanah Galian Selangor (PTGS).


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN



10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara



KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

-- BERNAMA
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  PRESTASI KERANI KEMASUKAN JULAI 2011


SENARAI NAMA KERANI KEMASUKAN




STATISTIK PRESTASI KEMASUKAN JULAI 2011


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  CUEPACS TERUS MINTA KERAJAAN TIMBANG BONUS DUA BULAN

Bernama
4/8/2011


KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua bulan lepas dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sebelum ini, Cuepacs beberapa kali telah membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas Cuepacs sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus.

Beliau juga berkata pemberian bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi kepada keseluruhan penjawat awam.

Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan untuk memutuskannya dan Cuepacs berharap agar ia dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan.

Sementara itu, Cuepacs berhasrat untuk mengadakan perbincangan bersama kerajaan mengenai Skim Pencen Bercarum (SPB) yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan.

Beliau berkata walaupun Cuepacs sebulat suara menolak pelaksanaan skim itu, mereka tetap bersedia untuk berbincang dengan harapan kerajaan dapat menawarkan penambahbaikan yang mampu memberi kebaikan kepada keseluruhan penjawat awam.

"Perbincangan ini untuk kerajaan mendengar apa sebenarnya pandangan Cuepacs, kenapa Cuepacs menolak SPB," katanya.

Cuepacs sebagai badan tertinggi yang mewakili sektor awam tetap dan berpencen mendakwa bahawa skim itu tidak menguntungkan terutamanya kepada generasi baru sektor awam.


sumber :
-- BERNAMA
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  KELEBIHAN BERPUASA

Sebenarnya bagi orang-orang yang tahu, nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak. Antara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah:

1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memeanjangkan umur anda.
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa.
6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah.
8. Bila darah kita terlampau berasid, puasa dapat menurunkan PH dan menyebabkan darah kembali alkali.
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi.
10.Puasa boleh menurunkan berat badan.
11.Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan.
12.Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata.

Ingatlah bahawa puasa akan memberi syafaat kepada kita pada Hari Perhitungan nanti.

Selamat Berpuasa


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARRAK

SALAM RAMADHAN AL-MUBARRAK



Kami warga Granite mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam. Kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak amat dinanti-nantikan seluruh umat islam yang benar-benar untuk mendapatkan keberkatan dan mengejar pahala yang yang berlipat ganda. Semoga amalan kita di bulan yang penuh barakah ini dapat kita manfaatkannya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  MAJLIS PERSARAAN EN. LATIFF ZAINAL

1973-1980 Jabatan Agama Islam Selangor (7 Tahun)
1980 - 1989 Jabtan Kemajuan Masyarakat KEMAS (9 Tahun)
1989 - 2004 Jabatan Agama Islam Selangor (5 Tahun)
2004 - 2011 Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (7 Tahun)


Majlis menyambut hari persaraan En. Lat yang telah berkhidmat di jabatan kerajaan selama 28 tahun telah diadakan di bahagian pendaftran pada 22 Julai 2011 masa 8.30 pagi. Majlis telah disambut oleh warga Granite dengan doa kesejahteraan dan jamuan makan untuk En. Latt. Kami rakan-rakan Granite mengucapkan semoga En. Latt sentisa sihat dan dipanjangkan umur serta tidak akan melupakan kami di pendaftaran ini.


Majlis Persaraan En. Latt




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  KONVOI PORT DICKSON 2011

AKTIVITI BERKONVOI KE PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Makluman :

Kepada kawan - kawan yang da konfirm nak pergi bolehlah membuat bayaran deposit secepat mungkin.. ini kerana pihak urusetia ingin membuat tempahan bilik dengan lebih awal - Tq admin



LOGO KONVOI PORT DICKSON 2011

Berikut adalah maklumat-maklumat Konvoi Port Dickson 2011

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

  JOM TENGOK

APA ITU STEREOGRAM

Stereogram adalah sepasang dua dimensi panel yang menggambarkan pandangan senario atau objek dari titik pandang mata kiri dan kanan. Pemerhatian panel yang melapisi dalam keputusan stereoscope dalam pengalaman tiga kematraan oleh sebab fakta bahawa kedalaman objek dikodkan sebagai perbezaan kedudukan ke kanan / kiri dalam panel. Kerana dalam stereoscope satu pandangan perwakilan dan bukannya tempat kejadian yang sebenar, ilusi perkataan kadang-kadang dikaitkan dengan Stereogram.
.
Dia mendapati satu penjelasan penglihatan binokular yang mendahului dia bagi membina stereoskop berdasarkan satu kombinasi prisma dan cermin-cermin untuk membenarkan seseorang untuk melihat 3D imej-imej daripada dua 2D menggambarkan.
Kalau anda focus, boleh nampak 3 titik.




CUBA ANDA TEKA OBJEK INI?


Imej Stereogram





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG MAKLUM BALAS GRANITEZONE